Penglibatan Akademi Fantasia Syamsul Hirdy bin Muhid

Diddy diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim keempat dan beliau adalah salah seorang daripada dua belas calon pelajar yang terpilih (daripada sepuluh yang diterima juri) untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelude bagi kelayakan tersebut.

Diddy telah tersingkir pada Konsert ke-6. Seterusnya, Diddy dibawa masuk bersama tujuh peserta bekas pelajar yang lain untuk bersaing dalam konsert penyerapan masuk untuk ke peringkat akhir iaitu konsert AFMASUK pada minggu kesembilan tetapi beliau tidak berjaya dengan hanya menduduki tempat keempat bagi undian AFMASUK.

Lagu-lagu yang didendangkan di Akademi Fantasia

Berikut adalah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau ketika konsert prelude dan konsert mingguan AF yang seterusnya:

  • Konsert Prelude : Mimpi Yang Tak Sudah - nyanyian asal oleh Ibnor Riza
  • Konsert Pertama : Aduh Sayang - nyanyian asal oleh P. Ramlee
  • Konsert Kedua : Lonely No More - nyanyian asal oleh Rob Thomas
  • Konsert Ketiga : Memori Luka - nyanyian asal oleh Headwind
  • Konsert Keempat : Nusantara - nyanyian asal oleh Kembara
  • Konsert Kelima : Biar Betul - nyanyian asal oleh Akar
  • Konsert Keenam : Airmata Kasih - nyanyian asal oleh R. Azmi dan Kamariah Ahmad
  • Konsert Kesembilan : Diari Seorang Lelaki - nyanyian asal oleh Pretty Ugly